Tatacara Penubuhan Pusat Tuisyen

Lokasi

  • Lokasi institusi hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan, kesihatan dan lainlain
  • Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.
  • Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.
  • Tidak berdekatan dengan tempat yang mudah terbakar, bengkel yang bising, sungai atau bangunan lama.
  • Tidak terlalu dekat dengan institusi lain yang mengendalikan kursus yang serupa.
  • Pemindahan lokasi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan yang bertulis daripada Kementerian Pelajaran.

Premis

  • Premis yang digunakan bagi pusat tuisyen hendaklah sesuai dan selamat serta boleh didaftarkan sebagai sebuah pusat tuisyen.
  • Sebarang penambahan/perpindahan premis/penubuhan cawangan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Pelajaran.
  • Pusat tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk tujuan komersial. Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan, melainkan premis yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Piawaian yang telah ditetapkan bagi premis adalah:
    • Penyenggaraan
    • Pencahayaan,
    • Pengudaraan dan ruang premis
    • Bilik darjah
    • Kemudahan asas premis

Pendaftaran Pusat Tuisyen

  • Setiap permohonan pendaftaran institusi hendaklah dibuat dalam Borang A Jadual Pertama disertai fee yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997 [P.U.(A) 534/97].
  • Fee permohonan pendaftaran RM 150.
  • Fee permohonan membaharui Perakuan Pendaftaran RM 50.
  • Perakuan Pendaftaran sah untuk tempoh 5 tahun.
  • Pusat tuisyen hanya dibenarkan menjalankan aktiviti bimbingan untuk mata pelajaran peperiksaan sahaja.
  • Perakuan Pendaftaran hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis institusi itu
  • Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindah milik.

Nama Institusi

  • Nama institusi yang dicadangkan sesuai serta mengutamakan Bahasa Melayu, mempunyai unsur-unsur pendidikan dan bercirikan Malaysia.
  • Nama institusi hendaklah dalam bahasa Melayu, bermula dengan “Pusat Tuisyen” dan diikuti dengan nama yang dicadangkan.
  • Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia boleh digunakan dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya.
  • Lain-lain nama yang tidak boleh digunakan termasuklah yang berikut:
    • nama orang kenamaan yang masih hidup,
    • nama tempat,
    • nama jalan,
    • nama singkatan,
    • nama yang tidakmempunyai makna.
    • nama institusi-institusi pendidikan yang terkenal sama ada di dalam atau luar negeri.
    • nama yang menggunakan “yayasan /politeknik”. 

Kurikulum

  • Kurikulum yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar hendaklah diguna oleh pusat tuisyen seperti yang diluluskan pendaftarannya.
  • Mata pelajaran yang dibenarkan adalah mata pelajaran di bawah KBSR, KBSM, STPM dan mana-mana program peperiksaan yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

Peruntukan Masa Beroperasi

  • Setiap pusat tuisyen dibenarkan mengendalikan tiga sesi operasi, iaitu sesi pagi, petang dan malam.
  • Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah tidak melebihi yang berikut:
    • sesi pagi 9.00 pagi - 11.00 pg
    • sesi petang 3.00 ptg - 6.00 ptg,
    • sesi malam 7.00 mlm-10.00mlm

Pengurusan

  • Pusat tuisyen disarankan mempunyai ‘student hand book’.
  • Tiap-tiap institusi hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan yang dipersetujui oleh Ketua Pendaftar.
  •  Ahli Lembaga Pengelola hendaklah dianggotai olehsekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk pengerusi bagi pengurusan institusi pendidikan sebelum dibenarkan berdaftar dan beroperasi.
  • Setiap pusat tuisyen perlu mempunyai rekod pendaftaran murid.
  • Pusat tuisyen tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti luar bilik darjah.
  • Setiap pusat tuisyen mesti mengutamakan keselamatan,kesihatan dan kebersihan murid.
  • Setiap pusat tuisyen hendaklah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh 3 agensi:
    • Pihak BerkuasaTempatan
    • Bomba dan Penyelamat
    • Pejabat Kesihatan

Yuran

  • Jenis dan kadar yuran hendaklah berpatutan dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
  • Sebarang kenaikan yuran perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
  • Kenaikan yuran pengajian boleh dipertimbangkan selepas 3 tahun.
  • Kadar kenaikan yuran pengajian tidak lebih dari 30%.
  • Notis 3 bulan hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa setelah mendapat kelulusan kenaikan yuran tersebut daripada Ketua Pendaftar.
  • Pelaksanaan yuran baru adalah dibenarkan pada tahun berikutnya.
  • Senarai yuran dan bayaran lain yang diluluskan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di tadika itu dan hendaklah juga dimasukkan didalam prospektus institusi.

Hakmilik

  • Warganegara asing tidak dibenarkan bagi mengusahakan pusat tuisyen.
  • Jika institusi itu ditubuhkan di bawah nama syarikat (ROC), ia hendaklah mempunyai had ekuiti minimum Bumiputera sebanyak 30%.
  • Sebarang pindaan struktur ekuiti/perubahan pemegang saham/ pindah hak milik mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.
  • Aktiviti-aktiviti syarikat berkaitan pendidikan mesti jelas dinyatakan di dalam Memorandum and Articles (M&A).
  • Bagi persatuan / pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti pendidikan, maka perlembagaan persatuan / pertubuhan berkenaan hendaklah menyatakannya dengan jelas seperti yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).