Permohonan Menubuhkan Prasekolah Swasta (Tadika)

'To do' list

  1. Kemukakan surat permohonan ke jabatan ini, nyatakan;
    • Alamat Institusi ingin ditubuhkan
    • No telefon pemohon untuk dihubungi
  2. Pegawai Unit Pendidikan Swasta akan menghubungi pemohon bagi sesi lawatan tapak dan temuduga 'on site'
  3. Jika Jabatan ini berpuas hati tentang premis, borang permohonan akan dikeluarkan.
  4. Setelah borang permohonan diterima dan lengkap satu perakuan sementara akan dikeluarkan (tempoh sah laku 1 tahun)
  5. Pengusaha perlu mendapatkan sokongan 3 jabatan untuk mendapatkan pendaftaran kekal. Jabatan tersebut ialah;
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Bomba dan Penyelamat
    • Pejabat Kesihatan
  6. Setelah kesemua sokongan diterima, jabatan ini akan mengeluarkan pendaftaran tetap.

Proses Permohonan

Download Borang (pdf)

Dokumen sokongan

  • Setelah dipersetujui oleh Pendaftar, dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan;
    • Pelan lantai/tapak premis (3 salinan)
    • Pelan lokasi premis (3 salinan)
    • Pelan bangunan (3 salinan)
    • Laporan kewangan (3 salinan)
    • 1 salinan M&A
    • Borang 24
    • Borang 49 Akta Syarikat 1965 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat atau Setiausaha Syarikat Laporan Tahunan Syarikat
    • Penyata Akaun Bank terkini
    • Minit Mesyuarat Agong terkini
    • Surat persetujuan jiran terdekat (Tadika)
    • Borang carian nama SSM jika ada
    • Jadual waktu mengikut tahap pembelajaran
    • Maklumat Diri Pengerusi Lembaga Pengelola (Vitae Kurikulum)
    • Surat Perlantikan Pengerusi Lembaga Pengelola (jika berkenaan)
    • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang disahkan (Pengerusi Lembaga Pengelola)
    • Salinan Kad Pengenalan/Pasport yang disahkan (Pengerusi Lembaga Pengelola)
    • Maklumat Diri Pengetua/Guru besar (Vitae Kurikulum)
    • Surat Perlantikan Pengetua/Guru Besar
    • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang disahkan (Pengetua/Guru besar)
    • Salinan Kad Pengenalan/Pasport yang disahkan (Pengetua/Guru besar)
    • Perjanjian Sewaan Premis @ Surat perjanjian jual beli

Ajukan Permohonan ke;

 

 

Unit Pendidikan Swasta

Jabatan Pelajaran Pahang

Bandar Indera Mahkota

25604 Kuantan

09-5715720, Fax 09-5734157

e-mel  jpnpswasta@yahoo.com